BIDANG NYANYIAN




ASAS NYANYIAN


PENGENALAN
   Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan MuzikKBSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:  
a) Aural –
    kemahiran mendengar melalui lagu yangdipelajari.
b) Fizikal  -
     pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal.
c) Verbal – 
     kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata danpenguasaan
    bahasa.
d) Daya ingatanmuzikal-     kebolehan  mengingat bunyi muzik danmenghasilkannya semula
.e) Persembahan -         menghasilkan  irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.
f) Interaksi sosial -    berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalamkumpulan.
g) Komunikasi -     menyatakan maksud rasa dan fikiran melaluinyanyian.     


1.    TEKNIK NYANYIAN 

1.1 SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalammenghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatusebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentukmulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yangbaik. Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. Bentuk mulut bagi bunyi vocal:


1.2  POSTUR 
Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi. 

1.2.1 Postur Berdiri
 Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:
 Kaki  - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit. 
Lutut  - dilonggarkan (rileks), tidak kaku. 
Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus. 
Dada - dinaikkan. 
Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit. 
Dagu  - selari dengan lantai. 
Tangan - di sisi.  
1.2.2 Postur Duduk
 Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut: 
Bahagian badan hingga kepala  - keadaannya sama seperti  postur berdiri. 
Belakang badan - tidak bersandar. 
Punggung - terletak  di tengah kerusi.
Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kakike hadapan sedikit. 
Tangan - diletak di atas paha.


3  pernafasan

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Disamping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti Warm-up Atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-
 a)   menghembus dan menarik nafashembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa andadiperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
b) bernafas secara cepatbiasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.
c) pernafasan Staccato- latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.
d) hiss/hoo sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.  

1.4    PENGHASILAN TON
 Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran  penggunaan dan pengawalan organ vokal  (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi  memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:
a)  Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b)  Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c)  Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkongterbuka.Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a)Glissando
vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b)   Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c)   Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d)   Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:“Hee  hee  hee !  Apa  khabar ?” 

2.      KAEDAH  MENGAJAR LAGU
 Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rotelearning).  Melalui kaedah ini,  murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk.  Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory)murid.   

Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:
 a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

2.1  Kaedah keseluruhan lagu.
 Sesuai untuk mengajar lagu pendek.Langkah-langkah: 
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan  muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming (atausebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid  menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 

 2.2  Kaedah baris demi baris
Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian  atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkahlangkah:
 a) Memperdengar  keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming. 
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara
humming baris demi  baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi baris.
e) Mengikut  guru menyanyi  keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
.f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan 
Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote
dan bacaan notasi  menggunakan syllable ( d  r  m  f  s  l   t  d’)  digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak(movable‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D. Isyarat  tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege
. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarattangan membantu perkembangan
inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: 
•s m
• l  s  m
l  s  m  r 
• l  s  m  r  d
• l  s  m  r  d  l
• l  s  m  r  d  l  s
• l  s  f  m  r  d
• t  l  s  f  m  r  d
• d` t  l  s  f  m  r  d
• d  r  m  f  s  l   t  d`  
              
LAGU KANAK-KANAK