PERMAINAN ALAT PERKUSI


Text Box: OH(o) )Text Box: EE( e )PERMAINAN ALAT PERKUSI
Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSR dan KBSM Pendidikan Muzik dapat diasaskan pada empat aspek berikut:
Persepsi Estetik (bahasa muzik)
Pengalaman Muzikal
Ekspresi Kreatif 
Penghargaan estetik di dalam pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi kesemua aspek ini adalah berhubung kait. Pada asasnya murid dilatih teknik konvensional seperti berikut:
Postur 
berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa-memegang alat perkusi mengikut kesesuaian

Cara memainkan-
memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional-memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang berikut  adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan ketika membua tskor permainan alat perkusi:
a.mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana.
b.mengikut corak irama lagu yang diajar. Perlu diberi perhatian juga untuk   memainkan alat perkusi yang agak berat seperti dram untuk menunjukkan tekanan (accented beat) dalam corak irama lagu tersebut
c.mengikut suatu corak irama yang ditentukan Ini berdasarkan
 kreaviti seseorang (lebih kepada mengimprovisasi corak irama).
d.mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan lain-lain lagi.
e.Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi
yang lebih banyak (lebih dari 2 jenis alat) dalam satu skor perkusi.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

Cara memegang dan teknik memainkan loceng
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. 

Cara memegang dan memainkan loceng : 
  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.
 

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok 
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.


Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.


 





Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet

Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.


Alat Perkusi Tidak Berpic

Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah :
  • Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
  • Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
  • Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
  • Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.






































Alat Perkusi Berpic

Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.
Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic.
Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.
Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.

Matlamat Bermain Alat Perkusi

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
  1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
  2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
  3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?
Pendengaran;
dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Daya Ingatan;
Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal.
Mata;
Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.


Cara mengajar  permainan alat perkusi