Saturday 10 December 2011

MUZIK DAN GERAKAN

 Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik.Ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka,imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat 'non verbal'.Oleh itu,respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
     Muzik juga melibatkan pergerakan,kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar,meningkatkan kemahiran motor,menggalakkan kordinasi anggota badan,mata dan tangan.
     Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak.Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
     Jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks.
1.Gerakan mengikut lirik lagu
2.Gerakan asas dengan muzik
3.Interpretasi muzik dengan gerakan
4.Gerakan bebas dengan muzik
5.Gerakan yang menunjukkan cerita atau kerja

Pecahan Konsep kepada gerakan
1.Irama-Gerakan yang menerangkan konsep seperti berjalan,berkawat,melompat membuai,menghayun,bergalop dan sebagainya.
2.Melodi-Gerakan yang menerangkan konsep seperti tinggi-berdiri,rendah-bertenggong,bunyi menaik-naikkan tangan,bunyi menurun-turunkan tangan.
3.Tempo-tempo lambat-berjalan seperti kura-kura.tempo cepat-berlari seperti kuda.
4.Dinamik-Bunyi kuat-semua tepuk tangan,bunyi lembut -tepuk tangan dua jari,bunyi berat-semua rentak kaki,bunyi ringan-Jalan berjengkit.

Pengajaran muzik dengan gerakan yang mengikut lirik lagu yang telah dijalan oleh saya bagi murid tahu satu.

No comments:

Post a Comment