RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK, MUZIK DAN GERAKAN
OBJEKTIF | KANDUNGAN | AKTIVITI | CATATAN |
| 2. Muzik dan Gerakan Membolehkan murid: 2.1. melakukan gerakan untuk menghasilkan bunyi | 2.1.1. Anggota badan | a. Perlakuan anggota badan yang menghasilkan rentak dan irama i. Tepukan ii. Hentakan iii. Petikan | Kaset lagu · Gembira · Sedih · Semangat |
2.2. melakukan gerakan mengikut irama | 2.2.1. Gerakan mengikut warna: · Bebas · Terkawal · Kreatif | a. Melakukan pergerakan bebas mengikut rentak b. Melakukan pergerakan terkawal mengikut lirik / irama lagu yang ditetapkan oleh guru c. Melakukan pergerakan kreatif mengikut rentak lagu i. Berjalan ii. Melompat iii. Ketinting iv. Lompat skip v. Berjalan atas hujung jari kaki | Kaset lagu berirama: · Perlahan · Rancak | |
2.2.2. Apresiasi muzik | a. melahirkan perasaan melalui gerakan mengikut irama muzik i. irama rancak – pergerakan pantas ii. irama perlahan – pergerakan lambat | Kaset tarian · moden · tradisional · video, VCD | ||
2.2.3. Jenis-jenis tarian | a. Memperkenalkan tarian mengikut jenisnya: i. Tarian moden ii. Tarian tradisional b. Melakukan pergerakan dalam tarian mengikut kreativiti murid i. Menari tarian moden ii. Menari tarian tradisional | Kaset lagu Video CD | ||
2.2.4. Asas gimrama | a. Mengawal koordinasi anggota badan b. Mengawal pergerakan mengikut irama | Kaset lagu | ||
2.2.5. Asas senamrobik | a. Melakukan pergerakan berirama berbentuk senamrama | |
Pengajaran tarian merupakan akiviti yang penting dalam muzik dan gerakan,terdapat dua jenis tarian,iaitu tarian moden dan tarian tradisional.
TARIAN MODEN
Sejalan dengan perkembangannya, tarian modern dapat dikategorikan menjadi beberapa macam, antaranya adalah hip-hop dance, concert dance, break dance, R&Bdance, freestyle dance, dan yang terakhir ballroom dance (Sedyawati dan Damono, 1991. P.5). Tarian moden adalah suatu bentuk tarian yang terbentuk dan berkembang sejak dari awal abad 20 (Horosko,2002.P.1). Tarian moden ini sebenarnya dipelopori oleh penari-penari dariAmerika Serikat, serta penari-penari di beberapa negara di Eropa Barat yang ³memberontak´terhadap ballet dance serta classical dance yang sedang booming saat itu.Jenis-jenis tarian moden.
Apa yang perlu diperhatikan dalam tarian moden
KONSEP :
Sebelum kita membuat gerakan tarian atau menentukan jenis iringan musik, hal pertama yang harus ditentukan adalah konsep. Konsep apakah yang kita inginkan, Kontemporer, Glamor, tarian jalanan, Hip-Hop atau teatrikal? Setelah kita tentukan konsep barulah kita mencari iringan muzik yang cocok ( bila menggunakan iringan muzik ). Baru kemudian kita memikirkan gerakan tarian yang sesuai.
>Iringan Muzik :
Ingat, tidak semua tarian harus diiringi muzik, kerana ada beberapa tarian yang dimainkan tanpa iringan muzik tergantung konsepnya. Namun apabila kita ingin menggunakan iringan muzik, kita harus biasa memilih muzik yang benar-benar cocok dengan konsep yang kita ambil. Kita sering menemukan sebuah tarian (modern dance) yang diiringi oleh muzik yang diambil dari beberapa potongan lagu. Tidak salah memang, tapi yang harus diperhatikan adalah pemilihan lagu, penempatan urutan dan mixing. Kadang kita terjebak dengan memilih lagu-lagu yang sedang booming atau trend tanpa disesuaikan dengan konsep dan gerakan. Kemudian penempatan urutan lagu pun tidak sesuai sehingga muzik tidak terdengar harmonis secara keseluruhan. Ditambah lagi mixing yang kurang bagus atau tidak balance, hal ini membuat muzik secara keseluruhan terdengar naik turun. Perlu diingat bahawa walaupun kita menggunakan iringan muzik dari potongan beberapa lagu, tapi upayakan supaya iringan muzik tersebut menjadi satu kesatuan.
>Menentukan GerakanBiasanya murid akan merasa bangga dan hebat kalau biasa membawakan sebuah tarian dengan gerakan yang sulit. Mereka lupa bahawa faktor kekompakan juga perlu diperhatikan. Kerana dalam tarian moden semua anggota tim adalah satu kesatuan yang membutuhkan kekompakan atau kesamaan gerak. Tentunya akan menjadi kurang bagus apabila gerakan itu dipaksakan dan hanya sebagian anggota saja yang bagus dalam membawakannya. Sekali lagi perlu diingat, Tidak semua gerakan yang sulit atau "ribet" akan bagus dan enak dilihat, lalu menang dalam ajang sebuah lomba. Yang terpenting adalah kekompakan, keserasian dan keharmonisan antara konsep, gerak dan muzik.
>Kostum Dan PropertyKostum dan properti adalah alat penunjang konsep sebuah tarian, jadi harus disesuaikan dengan konsep yang diambil. Bukan bererti kostum yang bagus dan mahal akan membuat sebuah tarian men jadi bagus. Sering kita jumpai dibeberapa pementasan tarian moden ada unsur "pemaksaan" dalam memilih kostum, dalam arti tidak sesuai dengan konsep dan gerakan tarian yang dibawakan. Bahkan ada penari yang akhirnya terganggu gerakannya kerana menggunakan kostum yang "berlebih". Usahakan kostum yang digunakan untuk sebuah tarian dibuat sedemikian rupa supaya terlihat nyaman dan cocok dengan konsep tarian.
Demikian juga dengan properti, hati-hati bila tarian yang kita bawakan menggunakan properti tertentu kerana biasa menimbulkan masalah apabila kita tidak pandai atau salah menggunakannya.
Memang betul sebuah tarian akan terlihat indah dan bagus apabila ditunjang dengan kostum dan properti yang proposional.
>Detail
Ini adalah bahagian terpenting menurut saya dari sebuah tarian. Dalam membuat atau membawakan sebuah tarian haruslah diperhatikan hal-hal kecil sampai dengan hal-hal yang besar. jangan sampai kita menyepelekan hal kecil (detail).Ingat, apabila tarian kita dibawakan oleh lebih dari satu orang maka kekompakan dan kesamaan adalah hal yang wajib diperhatikan. Sebagai contoh dalam satu gerakan saja maka semua anggota harus sama dan kompak dalam menggerakannya.

Secara sederhana tarian moden biasa diertikan sebagai bentuk tarian yang tidak mengikuti aturan atau pakem tari Tradisional.
Dewasa ini tarian moden berkembang sangat pesat dan mengalami pembagian kategori atau jenis. Ada jenis Hip Hop, Salsa, Street Dance dan yang lainnya, bahkan ada juga jenis tarian hasil gabungan dengan tarian tradisional ( Kontemporer ). Intinya dalam tarian moden orang biasa mengekspresikan ide gayanya sebebas mungkin tanpa harus mengikuti aturan atau pakem tertentu, kerana dalam sebuah tarian yang terpenting adalahKONSEP..
Konsep adalah sesuatu yang sangat penting supaya penataan gerak bisa dilakukan dengan tertata dan rapih sesuai konsep yang diinginkan.
TARIAN TRADISIONAL MELAYU
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan
TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
TARIAN ULIK MAYANG
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
TARIAN TRADISIONAL CINA
Latar Belakang
Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dala kehidupn seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari peryaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan dengan perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga.
Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ”peluang” atau ”keuntungan”.
Tarian Singa digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa.Tarian ini berbentuk akrobatik dan memungut ”angpau” atau ”keuntungan”. Kedua-dua tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang kuat.Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.
Lain-lain Tarian Cina
Tarian Bunga
Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia.Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Iajuga sebagai bukti secara simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh sekuruh dunia.
Tarian Bunga Teratai
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolamteratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.
Tarian Payung
Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan.
Tarian Cinta Bertemu
Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya. Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-jengket dan semua hadiah yang di bawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.
Tarian Fei Tian (Hanzi sederhana: 飞天) oleh Grup Tari Die Meng dari Sastra China Binus University
Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina (Hanzi sederhana: 中国传统舞蹈): adalah kumpulan tarian dari negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi Cina seperti tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu Buwei. Tujuan keagamaan itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang menghibur tamu pada acara jamuan kenegaraan dan akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang.
Cina adalah negara dengan banyak ragam budaya yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan tarian masing-masing. Tarian Tradisional Cina menggabungkan semua elemen dari tarian masing-masing etnik, Opera Cina, Kungfu dan opera rakyat. Hasilnya adalah apa yang kita sekarang kenal dengan Tarian Tradisional Cina yang sudah melewati pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun.

TARIAN TRADISIONAL INDIA
Latar Belakang
Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seorang manusia. Asalnya tarian India ini dari pertengahan zaman batu di mana manusia masih tinggal di dalam gua. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil-kuil. Terdapat ”devadasis” yang dianggap sebagai suruhan Tuhan, iaitu tarian pemujaan dikenali sebagai Bharata Natyam. Mahari pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.
Jenis-jenis tarian India
GIDDHA
Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. Ia diibaratkan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian(rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.
BHARATA NATYAM
Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana.
Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulin dan Nritya mengandungi adarus atau unit tarian asas. Setiap adarus mengandungi tiga unsur, asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan tangan. Rentaknya adalah berdasarkan rentak yang panjangnya yang dipanggil Jatis. Muzik tarian ini berasaskan rentak yang penting atau ”ragas” seperti Bahairavi, Kalyani dan Kambodhi. Penyanyi akan mengawal pegerakkan tarian yang dipanggil Shollukatus atau sukukata rentak.
KHATAK
Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita(penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Ia mengndungi Thata cerita pembukaan, Amad yang menghubungkan dengan Alarippu dalam Bharata Natyam, Sangeet yang menyerupai Jatiswaram dalam Bharata Natyam, Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan akhirnya Tarana yang menghubungkan dengan Thilland dalam Bharata Natyam. Ia dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.
TARIAN TRADISIONAL SARAWAK
Tarian Ngajat
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian Koncong
Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.
Tarian Datun Julud
Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
Murid berasa bangga dan berkeyakinan semasa menari
No comments:
Post a Comment